0

INFLUENZA A: H1N1 SEMAKIN KRONIK DI MALAYSIA

Posted by JOHN CHONG on 6:09 AM
Hari ini pihak sekolah menerima surat daripada Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia berujukkan KP/KPPM/10(60) bertarikh 26 Jun 2009 dan Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkaitan dengan langkah-langkah menangani penularan pendamik Influenza A (H1N1). Pada hari ini juga salah seorang guru di sekolah saya menghadiri taklimat tersebut. Berikut adalah hasil dapatannya:
1. H1N1 kini menjadi satu ancaman kepada negara dan boleh membawa negara dalam keadaan darurat kesihatan
sekiranya menjadi lebih serius. Gelombang kedua H1N1 dijangka akan berlaku pada bulan Oktober hingga
Disember 2009 apabila negara mengalami musim tengkujuh sekiranya keadaan fenomena El-Nino semakin
lemah.
2. Guru Besar dan Pengetua diberikan kuasa penuh untuk menutup sekolah sekiranya perlu atas arahan
Kementerian Kesihatan. Jika gagal berbuat demikian, boleh dikenakan denda atau kompaun.
3. Kawalan di pintu masuk utama negara seperti lapangan terbang tidak lagi berkesan kerana kini H1N1 menular
di dalam negara. Apa yang perlu dilakukan ialah kerjasama seluruh rakyat Malaysia dengan mengambil langkah
berjaga-jaga dengan memeriksa suhu badan sekiranya ada simtom-simtom yang disyaki segeralah merujuk
kepada klinik kerajaan untuk tujuan pemeriksaan.
4. Perlu membuat isolasi kendiri dengan mengurangkan aktiviti sosial.
5. Penggunaan penutup mulut mesti dalam keadaan bersih dan bebas daripada kotoran akibat sentuhan.
6. Kuarantin 7 hari wajib dilakukan bagi individu yang disyaki atau disahkan.
Bagi meningkatkan sistem antibodi badan memerangi H1N1, berikut adalah caranya:
1. Memakan Spirulina yang mengandungi 46 nutrisi yang mampu mengaktifkan antibodi badan kita. Pemakanan
10 biji sehari atau 5 biji sekali makan)
2. Kemudian makanlah Ester-C 500 Plus 1 biji 3 kali sehari.
3. Kemudian minum 3 gelas Fitorac yang mengandungi 7 fungsi bagi mengekang sebarang penyakit iaitu:
(a) Memperbaiki sistem pengedaran darah;
(b) memperbaiki penglihatan
(c) Kesihatan kulit
(d) Membersihkan darah kita serta buah pinggang
(e) MENINGKATKAN SISTEM IMUN ATAU ANTIBODI MELAWAN SEBARANG PENYAKIT
(f) Melindungi kita daripada sinaran UV yang berbahaya.
(g) Melambatkan sistem penuaan.
4. Memakan 6 biji IG6 Kolostrum dan Dr Xenji boleh memperbaiki sel rosak dan meningkatkan antibodi kita.
5. Dr. Xenji juga boleh mengaktifkan saraf dalam badan.
Walaubagaimanapun, bagi memulakan program ini perlulah memulakan langkah yang berikut:
1. Meminum 1 tea bag Win Tea yang membakar semua lemak tepu dalam badan. Ia tidak memudaratkan kesihatan
2. Kemudian meminum sebungkus Lactose untuk membersihkan usus akibat daripada asid yang melekat pada
dinding usus selamat 3 hari, sebungkus sekali dan sebaik-baiknya minum pada sebelah pagi kerana biasanya
anda akan membuang air besar selepas 3 - 5 jam meminumnya.
3. Baharulah mula dengan suplemen mencegah penyakit seperti Spirulina, Dr. Xenji dan lain-lain produk.
ADAKAH IA MEMUDARATKAN?
Ia langsung tidak memudaratkan badan dalam jangka masa panjang. Saya telah mengikuti program ini dan ia benar-benar berhasil! Jika dahulu saya selalu lesu hari ini tidak lagi dengan memakan Spirulina, Kalsium dan Vitamin C. Proses pencernaan dan metabolisme aktif semula dengan pembuangan lemak tepu daripada usus.
Saya juga jarang diserang selesema. Jika ada tanda-tanda selesema, Ester C atau Vitamin C saya memakannya lebih kerana ia berasaskan tumbuhan sepenuhnya.
Jadi apa lagi, cubalah dengan produk Elken. Layarilah http://www.elken.com.my.
Bersama-sama kita memerangi H1N1.

0

SIAPA PUNCANYA?

Posted by JOHN CHONG on 4:02 AM
Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris sudah selesai. Memang terasa lega apabila tugas sebagai Ketua Pentaksir Daerah Telupid selesai disempurnakan. Setelah pergi beberapa buah sekolah untuk tujuan pemantauan dan mengadakan sesi perbincangan dengan murid dan guru-guru di sekolah tempat saya memantau, tergerak hati saya untuk menulis tajuk blog "Siapa Puncanya?"

Saya mengambil alih sebagai Ketua Pentaksir sememangnya harus menjalankan tugas dengan lebih amanah dan saksama . Beberapa orang murid di sekitar Telupid telah saya membuat penyelarasan pentaksiran sempat melihat mereka membuat kerja yang diberi oleh guru. Lantaran itu, saya sempat meninjau buku kerja salah satu mata pelajaran bukan BI. Saya bertanya kepada mereka mengapa kerja rumah yang diberikan oleh guru tak disiapkan.

Jawapan mereka: "Kami tak tahu buat, tuan." Soalan seterusnya: "Kenapa tidak tahu buat?"
mereka menjawab: " Sir, macam mana mahu buat sedangkan topik ini belum diajar pun...Cikgu suruh kami buat dulu bincang dalam kumpulan lepas tu esok lusa baru buat pembetulan."

Sebagai seorang guru yang terlatih, memang sudah diajar teknik dan kaedah pengajaran semasa di institut perguruan. Kalau diikutkan cerita di atas, guru tersebut menggunakan kaedah perbincangan di dalam kelas.

Kaedah yang digunakan oleh guru tersebut tidak salah. Persoalannya di sini wajarkah seorang guru mendenda muridnya tanpa menyiasat sendiri punca tidak siapnya kerja rumah? Memang banyak sebab boleh kita lihat antaranya ialah:

1. Faktor persekitaran keluarga
2. Kelemaham murid-murid itu sendiri.
3. bla-bla-bla

Saya berpendapat, cara cikgu tersebut mengajar murid-muridnya satu kesilapan yang cukup besar: sebesar lautan.

Sepatutnya guru mereka sedar tahap IQ dan pengetahuan sedia ada murid-murid. Jika di Telupid, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman, wajarkah kita expect mereka mempunyai pengetahuan sedia ada yang begitu luas sedangkan bukan semua sekolah dibekalkan bekalan elektrik dan internet?

Kalau kita hendak menyalahkan murid 100% itu tidaklah wajar. Kalau kita mahu salahkan ibu bapa pun tidak boleh 100%. Bagaimana pula kalau ibu bapa mereka adalah golongan buta huruf? Bagaimana pula murid pedalaman bolehkah mereka pergi ke bandar untuk menghadiri kelas tambahan berbayar? Jawapannya tidak.

Jadi, peranan guru itu amatlah penting. Guru haruslah menjadi Agen Perubahan kepada murid-murid dan persekitaran.

Dalam kes di atas tadi, berikut adalah langkah-langkah yang patut diambil:

1. Mengajar murid mengikut POLC (Planning, Organising, Leading, Controling)

2. Kalau murid tidak mencapai objektif, adakan pemulihan jika tercapai adakan pengayaan.

3. Lepas itu baharulah mengajukan beberapa soalan untuk dibincangkan dalam kumpulan
berdasarkan topik yang telah diajar.

4. Sebagai aktiviti tambahan, bagilah kerja rumah dengan budak sesuai dengan topik yang telah
diajar.

Kalau langkah di atas berjaya dibuat, yakinlah 100% tiada masalah murid tidak membuat kerja rumah kecuali kes-kes istimewa.

Saya juga amat faham bukan semua Guru Besar atau Pengetua itu baik: Ada yang pemalas masuk sekolah, ada yang gila dengan kontrak pembinaan sana-sini, ada yang MIA dan akhirnya takut pergi berurusan dengan pejabat akhirnya diambil tindakan tatatertib, orang-orang kampung membuat aduan sana-sini.

Namun, ia bukan menjadi alasan untuk tidak menjalankan tugas di dalam kelas. Buanglah slogan: "Tiada motivasi...tiada yang mahu tengok". Kalau tiada motivasi, banyakkan berdoa dan bacalah Kitab Amsal bagi orang Kristian...Kalau bilang tiada orang mau tengok dan memantau, Tuhan yang maha kuasa tu menjadi Pemantau Agung...so, apa kita nak jawab bila berjumpa dengan pencipta?

Buanglah sikap yang tahu bercakap: "Tanggungjawab ke sekolah mengajar itu harus ditunaikan" sedangkan realitinya datang ke sekolah bukan mengajar....hanya kasi tunjuk muka, arah budak-budak lepas itu bila exam dah tiba buat soalan seperti biasa tetapi markah terjun dibagi begitu saja. Ini tidak adil bagi murid-murid kita.

Buanglah sikap mahu menyalahkan guru lain kununnya guru A tidak tahu mengajar lah, itulah inilah....Tetapi tunjukkan sikap yang positif kepada rakan sekerja.

Selamat mengajar!


Copyright © 2009 CATATAN BERSAMA JOHN CHONG All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.